Pages

Tuesday, August 31, 2021

a Nasi Arab recipe

nak kata pandai sangat masak, x delah juga, tapi selalu ada je mood nak try resepi baru. So, masa alang2 balik rumah mak and ramai orang kat rumah ( ipar duai semua ada), try-lah resepi yg jumpa kat page fb ni. Alhamdulillah, reaksi yang baik, tapi ramai yang kurang senang dengan biji2 ketumbar dan lad hitam yang bertaburan dalam nasi. 
Pada cubaan kedua, saya masukkan ketumbar, jintan dan lada hitam ke dalam uncang kain. Hasilnya sangat memuaskan. Suami siap puji nasi ini lebih sedap dari kebanyakan nasi arab yang dia rasa...






akhirnya buat sekali lagi, baru sempat ambil gambar



Bahan:

Ayam

Bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong dua)
1 kiub ayam
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan
1/2 sudu lada hitam
1 biji tomato (potong empat)
1 batang cili hijau (potong empat)
1 sudu besar garam
3 sudu besar madu
3 sudu besar serbuk kunyit

Kaedah:
Rebus semua bahan dengan air paras cukup2 menutup ayam selama 30 minit.
Perap ayam dengan madu dan kunyit



Nasi

Bahan:
Minyak sapi/butter/minyak masak secukup untuk menumis
2 1/2 cawan beras basmathi yg telah direndam selama +- 30 min (5 min jika menggunakan beras biasa)
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan
1/2 sudu besar lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu madu

Kaedah:
Buat bunjut dari ketumbar + jintan + lada hitam
Tumis bunjut hingga naik bau
Tumis beras +- 1 minit
Masukkan garam
Alihkan ke periuk elektrik
Letakkan ayam atas beras
Tuang madu atas ayam
Masukkan air rebusan mengikut ukuran biasa
Tabur daun ketumbar di atas ayam sebelum mula masak.



Salatah (salsa)

Bahan:
Timun - buang biji tengah dan potong dadu
Tomato - buang biji dan potong dadu
Bawang besar - potong dadu
Garam dan perahan lemon/limau

Kaedah:
Gaulkan timun + tomato + bawang
Tambahkan garam dan perahan limau secukup rasa.



Sambal

Bahan:
3 batang cili merah
3 batang cili padi merah
1 biji tomato
Beberapa tangkai daun ketumbar
Garam/gula
Perahan limau

Kaedah:
Kisar cili + tomato + daun ketumbar
Tambah garam + gula + perahan limau secukup rasa


Sup adalah citarasa orang melayu. Resepi sebenar tak ada sup. Anda boleh gunakan kiub pati ayam untuk membuat sup..atau kalau rajin boleh saja buat sup from scratch. 




Sunday, August 22, 2021

Mee akochan!

 



Mee Ako-chan. Mee yang sangat epik. Ayah reka mee ini dan saya memberi nama kepada mee ini bedasarkan salah satu watak dalam cerita aksi bersiri ketika saya masih kecil (Siapa masih ingat Jetman?). 

Pada satu hari ayah membungkuskan untuk kami bawa sebekas besar ke sekolah, dan kerana mee yang dibungkuskan banyak, kami kongsikan dengan rakan sebilik kami. Wah! Sangat digemari ramai. Dengan tahun-tahun yang mendatang, peminat mee akochan ini pun bertambah; bila kami bertukar rakan sebilik, orang baru dapat merasa mee ini. 

Apabila kami adik beradik semuanya sudah memasuki alam universiti, hilanglah peluang rakan-rakan kami untuk menikmati mee akochan ayah yang sedap ini. Itulah yang membuatkan saya rasa saya patut menuntut ilmu dari ayah bagaimana untuk membuat mee ini dan dimasukkan ke dalam blog agar rakan-rakan saya boleh mencuba sendiri resepi ini. 



Bahan-bahan:


Yee mee (pack of 375g)

Bawang merah (+- 1/2 cwn)

Bawang putih (+- 1/4 cwn)

Halia (+- 1x3cm)

Cili giling (1/4 cwn-1/2cwn) bergantung dengan tahap pedas yang digemari

Sos tiram (+- 1/3 cwn)

Kicap (+- 1/4cwn)

Kiub ayam / daging (2 biji)

Lauk (ayam/daging/kambing)

Air / air rebusan

Tomato (1 biji dipotong dadu)

Sayur mengikut cita rasa (lobak merah, seleri, kobis, sawi)

Daun ketumbar (+- 1 genggam)

Garam dan gula secukup rasa.

Telur 4 biji.


Kaedah:

Kalau menggunakan daging atau kambing, saya cadangkan rebus dulu untuk lembutkan daging. Air rebusan daging atau kambing digunakan dalam masakan.

Panaskan minyak dalam periuk , tumis bawang dan halia hingga hampir garing. 

Masukkan cili giling, masak untuk sekurang-kurangnya 10 minit dengan api kecil atau sederhana agar cili masak.

Masukkan sos tiram, masak hingga nampak kuah makin masak.

Masukkan pula kicap. Masak lagi.

Masukkan lauk, Jika ada air rebusan, boleh dimasukkan dalam beberapa minit selepas lauk dimasukkan. 

Masukkan kiub ayam/daging dan tomato. 

Rasa kuah dan tambah garam atau gula mengikut cita rasa. Kuah tidak perlu dimasinkan sedikit atau dimaniskan sedikit untuk sesuaikan dengan mee.

Apabila kuah sudah mula mendidih, boleh mula memasukkan sayur yang sudah dipotong. 

Masukkan telur, terus kacau jika anda suka telurnya kecil, atau biar sebentar jika anda suka serpihan telur yang besar. 

Masukkan mee apabila kuah sudah mendidih. Masak hingga mee lembut.

Tabur daun ketumbar sebelum makan. Mee sedap dimakan panas. Tapi saya suka walaupun mee sudah sejuk dan kembang. 


Sunday, August 8, 2021

Naan - plain.. cheese.. garlic

    


   For a while now I am back in Shah Alam in the plan to help my post-natal sister. A few times in every week, she will request her husband to search for her naan. And as luck have it, her favorite restaurant stop producing naan due to the MCO. So her husband need to be creative in searching other restaurant that still serve the bread. So one morning when the young mother has been complaining that she is hungry and there is no breakfast prepared and there seems nothing is available to prepare, I decided to search for a simple naan recipe. I decided to follow the recipe from this webpage. And it yielded somewhat unexpectedly good naan.

Here is the recipe:


Ingredients:

3 cups of APF

1 tbsp sugar

1 tbsp yeast

1 tsp salt

1 tsp baking powder

1 1/4 cups of water

3 tbsp oil 


Method:

I used wet-mix-to-dry method. In one bowl I put together the dry ingredients, ensuring that yeast didn't touch with salt. In another container, I put together the wet ingredients. I decided to use cold water so the yeast has more time to rise as I usually took a long time to knead the bread. But this method only applicable if you are sure 100% that your yeast is alive. 

I used a mixing machine, as my hand was somewhat injured, but you could always use your strong pair of hands. Knead until the dough tend to stick upon it-self rather than to your hands. Cover and let to rest for about 30 minutes or until double in size.

Punch the dough, knead for a little bit more to ensure trough distribution. Divide the dough to six small ball. 

Flatten the ball, fill in with cheese (if you want to make a cheese naan) or with grated garlic (if you want to make a garlic naan), close into a new ball and flatten the ball again and cook on a non-stick pan and covered on the smallest heat. If you want a plain naan, you could always skip the filling step. In about 4-5 minutes, flip the naan to cook the other surface. Cook until the surface of the naan have golden spots and a little charred.   

Enjoy with curry, or mint sauce, or tandoori chicken or even on its own.