Pages

Friday, November 8, 2019

Mee udang, basic





Mee Udang

baru-baru ini adik saya request saya memasak mee udang, jadi saya fikir saya perlu buat carian dalam internet kerana saya tahu udang tidak patut dimasak lama.


Bahan-bahan

udang, 2-3 ekor seorang, bersihkan (kulit dan kepala udang digunakan untuk air rebusan)
minyak masak
sebiji bawang besar, dicincang
Segenggam udang kering; ditumbuk
cili boh, 3-6 sudu, bergantung kepada cita rasa
sos tiram
sos cili
sayur mengikut cita rasa; sawi, kobis, lobak merah
Kentang atau keledak rebus dilenyek untuk memekatkan kuah (pilihan)
mee kuning, dibasuh bersih.
garam gula mengikut cita rasa

Kaedah

1) Rebus udang sehingga udang bertukar merah, tapis. Air rebusan disimpan untuk mee. Buat air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang.
2) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang.
3) Tambahkan cili boh dan tumis hingga naik minyak.
4) Tambahkan sos tiram dan sos cili dalam 2-3 sudu setiap satu dan masak.
5) Masukkan sayur.
6) Tuang masuk air rebusan udang
7) Masukkan kentang atau keledek lenyek.
8) Tambahkan garam dan gula mengikut cita rasa.
9) Masukkan mee dan masak sebentar hingga rasa serasi.



No comments:

Post a Comment