Pages

Tuesday, May 3, 2011

Dialog dengan Rasulullah

Tadi siang saya sempat pergi mendengar tazkirah yang diberi pada setiap pagi Selasa di tempat kerja.

Pada akhir tazkirah, pentazkirah meminta kami semua agar membayang jika seketika nanti kita keluar dari pintu masuk tadi, kita akan bertemu dengan Rasulullah. kemudian kami diminta membuka handphone kami dan menaip apa yang kami rancang untuk diperkatakan kepada Rasulullah… sedang saya menaip, hati saya makin tersentuh.. semakin saya rancang apa yang saya akan katakan, semakin saya sedar betapa besar pengorbanan Rasulullah pada kita semua…

persolan yang timbul pada ketika ini ialah sudahkah kita semua bersedia untuk bertemu dengan Rasulullah? soalan seterusnya adalah; sudahkan kita bersedia untuk bertemu dengan Allah?

Manusia = An-Nas = Nasiya








Kekadang kita semua mempertikaikan mengapa manusia ini diciptakan sebagai makhluk yang pelupa. Dengan pelupanya manusia; dia lupa jasa orang yang pernah menolongnya, lupa pada janji, lupa pada ibu bapa, lupa juga pada Tuhan..


Tapi pernahkah kita terfikir andainya manusia sentiasa ingat…


Setiap wanita pasti hanya akan mempunyai seorang anak dan mungkin membenci anaknya, kerana kesakitan dan kesusahan yang yang datang dengannya.
Setiap orang pasti berdendam dengan dasyat bila tidak mampu melupakan kejadian yang telah berlaku…
Manusia mungkin menjadi murung akibat dari kesedihan yang tidak pernah padam…


Semestinya Allah yang paling tahu apa yang terbaik untuk hambanya