Pages

Sunday, November 28, 2021

ayam golek lagi





Malam Sabtu lepas, ibu mertua saya memberi tahu bahawa bapa mertua saya teringin akan ayam golek. Bapa mertua saya sudah siap membeli ayam seekor yang tidak dipotong dengan harapan ibu mertua saya akan membuat ayam golek untuknya. 
 
Mendengar perkara tersebut, saya terus mencari resepi dari dalam internet. Ka1au diikutkan, saya pernah sekali membuat ayam golek beberapa tahun lepas, tapi bahannya bukanlah bahan yang selalu ada di da1am rumah. Jadi saya membuka beberapa muka resepi dan memilih resepi yang memerlukan bahan yang sudah ada di dalam dapur. 

Resepi yang saya pilih berasa1 dari resepi dari muka ini.  Tapi semestinya saya mengubah resepi agar lebih sesuai dengan cita rasa saya. Ini resepi saya:


Bahan-bahan:
1 ekor ayam bersaiz sederhana
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inchi halia
1 inchi kunyit hidup
2 batang serai
1 biji gula kabung
2 sudu kecil garam

kaedah:
Kisar semua bahan dan masak hingga pekat/kering.
Bersihkan ayam tanpa memotong badan ayam. 
Lumurkan kuah perap luar dan dalam ayam. Biarkan sekurang-kurang selama 2 dua jam atau semalaman di dalam peti ais. 
Letakkan ayam pada attachment untuk barbeque pada ketuhar atau atas dulang jika ketuhar anda tiada attachment barbeque. Saya ikat kaki dan kepak ayam ke badan ayam agar ayam tidak terpisah dari attchment apabila ayam sedang memasak.
Masak selama 50 minit-2 jam dengan suhu 170 C. 
Jika anda hendak memasak ayam dengan sayur (kentang, lobak, brokoli); pastikan anda memasak dari mula proses dan tuangkan separuh cawan air ke dalam dulang untuk membantu melembutkan sayur dan mengelakkan sayur hangus di luar dan di dalam masih keras.

Selamat mencuba.