Pages

Sunday, July 13, 2014

Pasta Kari.. ummi style






Spaghetti kari
1 paket spaghetti
1 tin tuna kari
1 tin tuna cili
5 ulas bwg merah + 3 ulas bwg pth + 1” halia
2 camca serbuk kari
1 camca cili boh
Santan pekat
Minyak tumis
Daun salad + timun (hiris spt utk laksa)
Daun kesom


Kaedah
1-    Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing
2-    Masukkan rempah kari dan cili  boh, goring garing
3-    Masukkan tuna yg sudah dilecek halus
4-   Masukkan santan
5-   Apabila mendidih, masukkan daun kesom.
6-  Garam secukup rasa
7-  Makan dengan spaghetti

sepatutnya konsistensinya seperti ala2 kuah kari, tapi hasil saya pertama kali, macam kuah pasta pekat... jadilah...

Friday, July 4, 2014

mee hailam- resepi mak...









ini resepi yang saya ambil dari mak saya...
boleh menggunakan samada mee kuning atau pasta seperti spaghetti.

jika menggunakan mee kuning, celur dengan air panas untuk menghilangkan 
rasa kapur dari mee. Jika anda menggunakan pasta, rebus pasta seperti arahan
 pada pek bungkusan pasta dan akan dimasak sekali dengan kuah apabila kuah sudah sedia. 

ini resepi untuk kuah mee hailam..
Di dalam kuali, tumis bawang putih. Kemudian masukkan 3 sudu besar sos tiram. Masukkan perencah mengikut kegemaran masing-masing, contohnya udang dan sotong.
Masukkan  1 camt lada hitam yang telah ditumbuk halus

Masukkan air rebusan udang 1 cawan (saya menggunakan air rebusan ayam kerana saya menggunakan ayam sebagai perencah saya).   Masukkan kicap pekat dan kicap cair
Kemudian masukkan Sayur-sayuran - lobak merah, sawi dan cili merah, dan buah tomato yang di potong kecil.
Tambah garam secukup rasa.

Bancuhkan 3 sudu besar tepung jagung dalam air dan tuang ke dalam kuali untuk mendapat kuah yang pekat.

Tuangkan kuah yang telah siap dan masih panas ke atas pinggan yang berisi mee, atau masukkan spaghetti ke dalam