ini resepi yang saya ambil dari mak saya...
boleh menggunakan samada mee kuning atau pasta seperti spaghetti.
jika menggunakan mee kuning, celur dengan air panas untuk menghilangkan
rasa kapur dari mee. Jika anda menggunakan pasta, rebus pasta seperti arahan
pada pek bungkusan pasta dan akan dimasak sekali dengan kuah apabila kuah sudah sedia.
ini resepi untuk kuah mee hailam..
Di dalam kuali, tumis bawang putih. Kemudian masukkan 3 sudu besar sos tiram. Masukkan perencah mengikut kegemaran masing-masing, contohnya udang dan sotong.
Masukkan 1 camt lada hitam yang telah ditumbuk halus
Masukkan air rebusan udang 1 cawan (saya menggunakan air rebusan ayam kerana saya menggunakan ayam sebagai perencah saya). Masukkan kicap pekat dan kicap cair
Kemudian masukkan Sayur-sayuran - lobak merah, sawi dan cili merah, dan buah tomato yang di potong kecil.
Tambah garam secukup rasa.
Bancuhkan 3 sudu besar tepung jagung dalam air dan tuang ke dalam kuali untuk mendapat kuah yang pekat.
Tuangkan kuah yang telah siap dan masih panas ke atas pinggan yang berisi mee, atau masukkan spaghetti ke dalam
No comments:
Post a Comment