Bersempena dengan raya qurban yang lepas, saya mencari cara2 untuk meng"upgrade"kan resepi sup tulang. Sup tulang kebiasaannya akan meninggalkan perasaan sedikit muak apabila sudah sejuk, lebih2 lagi jika sup tersebut berminyak dan berlemak. Pada masa yang sama saya tidak mahu menggunakan bahan yang saya perlu beli dan akan gunakan hanya sekali (untuk resepi tersebut sahaja) dan kaedah yang terlalu sukar.
Di sini adalah beberapa kaedah mudah yang saya jumpa untuk menaikkan sup tulang atau sup daging anda.
bahan:
1- 2-3 biji kentang dan lobak merah (rebus hingga lembut dan kisarkan)
2- 500g tulang atau daging. (rebus hingga empuk)
3- 1-2 sudu besar serbuk sup
4- 1-2 biji buah keras ditumbuk halus (terpulang ikut cita rasa)
5- 4-5 biji bawang merah dihiris
6- 1-1.5 inci halia dihiris jejari halus
7- 2-3 biji bawang putih dihiris
8- 2 biji bawang besar dipotong empat
9- bunga lawang dan kayu manis
10- 3 sudu besar cuka atau perahan limau
11- garamdan gula secukup rasa.
kaedah:
a- Tumis bawang merah, halia, bawang putih, serbuk sup, kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
b- Masukkan kentang dan lobak kisar. Tumis hingga naik minyak.
c- Masukkan rebusan tulang dan cuka.
d- Masukkan buah keras dan bawang besar.
e- Masak hingga serasi.
f- Tambah garam gula mengikut cita rasa.
Sedap dinikmati dengan nasi atau roti, atau mungkin juga dihirup begitu sahaja...(;
Sedap sangat, lupa nak amik gambar...