Pages

Friday, April 22, 2022

Membakar lasagna menggunakan air-fryer


Saya akan meletakkan kaedah memasak lasagna menggunakan air-fryer di sini

 

1) Cairkan lasagna. Potong lasagna kepada dua supaya boleh dimasukkan ke bekas yang lebih kecil.

2) Pindahkan lasagna ke bekas yang lebih sesuai.

3) Tuang suku cawan air untuk membantu lasagna masak.

4)Bakar pada setting meat atau pada suhu 180 C selama 20 minit.

5) Lasagna sudah masak jika sudah tiada lapisan keras.



Membakar lasagna menggunakan ketuhar gelombang micro

 

Saya akan attach kaedah saya membakar di sini.


1) Lasagna yang saya sediakan biasanya disediakan dalam bekas aluminium, jadi untuk keselamatan, lasagna perlu dipindahkan ke bekas yang selamat digunakan dalam ketuhar. Jika untuk mudah, pindahkan lasagna ketika lasagna masih beku. 

2) Jika ketuhar anda kecil, lasagna perlu dipindahkan ke bekas yang lebih kecil. Selepas lasagna sudah cair, potong lasagna kepada dua potongan, pindahkan ke mangkuk yang selamat digunakan.

3) Tuang suku cawan air ke dalam lasagna untuk membantu lasagna masak.

4) Masak lagasna dengan suhu yang paling tinggi. Periksa setiap 10 minit.

5) Lasagna sudah masak jika lapisan lasagna sudah lembut. 



Tuesday, April 5, 2022

Membakar lasagna menggunakan ketuhar elektrik

 Di sini saya akan meletakkan kaedah saya membakar lasagna.

Dengan ketuhar elektrik:

1) Jika lasagna beku, biarkan sebentar hingga lasagna cair, atau rendam lasagna di dalam air panas hingga cair.

2) Panaskan ketuhar ke suhu 180 C 

3) Tuang suku cawan air ke dalam lasagna. Dan masukkan lasagna ke dalam ketuhar. Guna setting api bawah beserta kipas. Bakar dalam 25 minit.

4) Tukar setting ketuhar ke api atas bawah dan bakar hingga keju perang keemasan (~ 6 minit).

5) Keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk sedikit.

6) Nikmati..

Lasagna daging / ayam


 


Salam semua...

 baru-baru ini lasagna saya lebih in demand, dan saya perasan yang resepi lasagna saya ini tidak ada dalam blog saya, Jadi di sini saya sediakan resepi lasagna dengan kuah bolognaise saya buat anda. Anda boleh melihat kaedah membuat lasagna seafood saya di sini


Lasagna:

Lasagna ada beberapa elemen di dalamnya; 1-Red sauce (Bolognaise), 2- White Sauce (Béchamel), kepingan lasagna dan keju mozzarella.


Bahan-bahan:

1 biji bawang besar (dicincang halus)

2 batang lobak merah (disagat)

2 1/2 batang seleri (didadu kecil)

1 tin besar puri tomato

1 pek besar daging / ayam kisar (800g - 1kg)

1 buku mentega (~ 250g)

1 liter susu putih 

Tepung gandum

Garam gula lada hitam secukup rasa

Kepingan lasagna instan

Herba thyme dan oregano

Keju mozzarella


Peralatan:

1) Bekas untuk membakar

pastikan bekas anda tahan panas dan boleh dibakar. Pastikan juga kepingan lasagna yang dibeli muat dimasukkan ke dalam bekas anda.

2) Periuk yang besar

3) Senduk yang kuat

4) Pemukul telur yang kuat


Kaedah:

Bolognaise:

1) Tumis bawang hingga naik bau. 

2) Masukkan seleri masak sedikit dan masukkan sedikit air (~1/2 cawan). Biarkan masak hingga seleri lembut. Gaul berkala untuk mengelakkan berkerak dan hangus.

3) Masukkan lobak merah, gaulkan rata. Masukkan air dan biarkan masak seketika. Gaul berkala untuk mengelakkan berkerak dan hangus.

4) Masukkan puri tomato, larutkan puri yang tertinggal di dalam tin dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Gaul dan biarkan masak hingga air berkurang. Gaul berkala untuk mengelakkan berkerak.

5) Masukkan ayam / daging kisar. Gaul rata. Elakkan masak terlalu lama pada stage ini untuk mengelakkan ayam / daging hilang rasa. 

6) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Cita rasa saya: garam ~ 1  sudu teh, gula ~3 sudu makan. Jangan lupa rasa..

7) Masukkan 1 sudu besar herba thyme dan 1 sudu besar herba oregano. Padamkan api apabila baunya naik. 


Bechamel:

1) Panaskan periuk atas api sederhana. Masukkan mentega.

2) Kacau hingga mentega semua cair dan baunya naik.

3) Masukkan dan gaul tepung sedikit demi sedikit hingga kelihatan seperti doh yang lembut dan berminyak. Perlahankan api dan kacau hingga ada perubahan bau. Pastikan dikacau untuk mengelakkan ada tepung yang hangus.

4) Masukkan dan kacau susu sedikit demi sedikit supaya tepung dan susu boleh bercampur dengan baik dan tidak berketul.

5) Masukkan garam (~1 1/4 sudu kecil) secukup rasa. Rasa! Jangan tak rasa. Tambahkan  lada hitam ( ~ 2-3 sudu kecil). Padamkan api.


Menyusun lasagna:

1) Sediakan bekas yang tahan panas. Boleh letak sedikit minyak dipermukaan bawah untuk mengelakkan lasagna melekat ke permukaan bekas. 

2) Letakkan kepingan lasagna.

3) Ratakan sos bolognaise nipis, tapi cukup tebal hingga anda tidak boleh nampak kepingan lasagna dari atas.

4) Ratakan sos bechamel. 

5) Ulang. Saya membuat 2 lapisan untuk lasagna yang akan dijual, tetapi saya suka membuat 3 lapis untuk keluarga.

6) Taburkan keju mozzarella hingga lapisan bechamel hampir tidak kelihatan, atau lebih jika anda suka lebih keju.

7) Bakar hingga keju mencair dan menjadi keemasan dan nikmati. Saya suka tuang suku cawan air ke dalam lasagna sebelum membakar untuk membantu lasagna masak dengan lebih baik.