Pages

Sunday, August 22, 2021

Mee akochan!

 



Mee Ako-chan. Mee yang sangat epik. Ayah reka mee ini dan saya memberi nama kepada mee ini bedasarkan salah satu watak dalam cerita aksi bersiri ketika saya masih kecil (Siapa masih ingat Jetman?). 

Pada satu hari ayah membungkuskan untuk kami bawa sebekas besar ke sekolah, dan kerana mee yang dibungkuskan banyak, kami kongsikan dengan rakan sebilik kami. Wah! Sangat digemari ramai. Dengan tahun-tahun yang mendatang, peminat mee akochan ini pun bertambah; bila kami bertukar rakan sebilik, orang baru dapat merasa mee ini. 

Apabila kami adik beradik semuanya sudah memasuki alam universiti, hilanglah peluang rakan-rakan kami untuk menikmati mee akochan ayah yang sedap ini. Itulah yang membuatkan saya rasa saya patut menuntut ilmu dari ayah bagaimana untuk membuat mee ini dan dimasukkan ke dalam blog agar rakan-rakan saya boleh mencuba sendiri resepi ini. 



Bahan-bahan:


Yee mee (pack of 375g)

Bawang merah (+- 1/2 cwn)

Bawang putih (+- 1/4 cwn)

Halia (+- 1x3cm)

Cili giling (1/4 cwn-1/2cwn) bergantung dengan tahap pedas yang digemari

Sos tiram (+- 1/3 cwn)

Kicap (+- 1/4cwn)

Kiub ayam / daging (2 biji)

Lauk (ayam/daging/kambing)

Air / air rebusan

Tomato (1 biji dipotong dadu)

Sayur mengikut cita rasa (lobak merah, seleri, kobis, sawi)

Daun ketumbar (+- 1 genggam)

Garam dan gula secukup rasa.

Telur 4 biji.


Kaedah:

Kalau menggunakan daging atau kambing, saya cadangkan rebus dulu untuk lembutkan daging. Air rebusan daging atau kambing digunakan dalam masakan.

Panaskan minyak dalam periuk , tumis bawang dan halia hingga hampir garing. 

Masukkan cili giling, masak untuk sekurang-kurangnya 10 minit dengan api kecil atau sederhana agar cili masak.

Masukkan sos tiram, masak hingga nampak kuah makin masak.

Masukkan pula kicap. Masak lagi.

Masukkan lauk, Jika ada air rebusan, boleh dimasukkan dalam beberapa minit selepas lauk dimasukkan. 

Masukkan kiub ayam/daging dan tomato. 

Rasa kuah dan tambah garam atau gula mengikut cita rasa. Kuah tidak perlu dimasinkan sedikit atau dimaniskan sedikit untuk sesuaikan dengan mee.

Apabila kuah sudah mula mendidih, boleh mula memasukkan sayur yang sudah dipotong. 

Masukkan telur, terus kacau jika anda suka telurnya kecil, atau biar sebentar jika anda suka serpihan telur yang besar. 

Masukkan mee apabila kuah sudah mendidih. Masak hingga mee lembut.

Tabur daun ketumbar sebelum makan. Mee sedap dimakan panas. Tapi saya suka walaupun mee sudah sejuk dan kembang. 


No comments:

Post a Comment